Jika kita muatkan sesuatu kedalam satu bekas dan bekas itu diperkenalkan kepada kanak-kanak sambil berkata, “yang mana lebih?”
Walaubagaimana pun guru perlu lebih berhati-hati dan tahu mengenal kesilapan konsep pada kanak-kanak yang melihat kandungannya. Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan mengetahui sedikit konsep ukuran panjang dan sedikit perkataan bersama kawan-kawannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun bekas yang pendek itu mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan terus.
Untuk membuat perbandingan terus, kita perlukan beberapa jenis pengisi: air dan pasir adalah mudah untuk kanak-kanak. Dengan diberi beberapa bekas, kanak-kanak boleh mengisi satu bekas dan menuangnya ke satu bekas yang lain untuk melihat bekas yang boleh mengisi lebih.
Bekas kuih Gelas
Perbandingan terus: Yang mana isinya lebih? Bekas kuih atau gelas?
1.4 LANGKAH-LANGKAH PERKEMBANGAN KONSEP BAGI ISIPADU
CECAIR TAHUN 2
Pengukuran ialah satu proses dimana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi berikut adalah dicadangkan bagi topik Isipadu Cecair Tahun 2.
a) Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
b) Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
c) Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
d) Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
e) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
f) Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
g) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter( l )
1.5 AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Sebagai seorang guru matematik yang berkesan, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran supaya dapat membantu pelajar menguasai dan memahami konsep yang telah dipelajari serta boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Pelbagai kaedah perlu digunakan untuk membantu para pelajar memahami konsep yang ingin dipelajari kerana pengajaran matematik banyak melibatkan penguasaan konsep serta penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Oleh itu, guru matematik perlulah kreatif dan inovatif terutamanya dalam merancang proses pengajaran. Pengajaran matematik yang menyeronokkan akan menjadikan matematik sangat mudah untuk dipelajari serta disukai oleh para pelajar. Setiap guru matematik haruslah memiliki sifat bertanggungjawab dan berusaha untuk menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan mengambil kira keperluan, kebolehan dan tahap pencapaian para pelajar.
Untuk tugasan ini disertakan dua contoh alat bantu mengajar dan dua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirasakan boleh membantu untuk mengajar topik isipadu cecair agar murid-murid lebih memahami dan tidak tersalah konsep tentang topik ini
1.5.1 PENGUKURAN PIAWAI ( STANDARD MEASUREMENT )
Rajah 1(a) mata memandang ke paras air secara lurus
Sebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini, proses bacaan perlulah berada selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan yang memuskilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. Namun demikian, adalah ditegaskan bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat untuk menentukan aras cecair dalam silinder. Oleh demikian, adalah tanggungjawab seorang guru untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar mereka lebih faham dan masalah konsepsi dapat diatasi.
1.5.2 Aktiviti 1 ( Murid pencapaian rendah )
Hasil pembelajaran: Membandingkan isipadu cecair menggunakan ukuran piawai
dalam liter ( l ).
Bahan-Bahan : Jug penyukat cecair yang berukuran unit liter (l)
Langkah-langkah:
1. Murid mendengar penerangan dan tunjukcara bagaimana membaca aras cecair seperti
rajah 1(a).
2. Murid diperkenalkan dengan simbol liter ( l ).
3. Murid dibahagikan dalam kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang.
4. Murid diminta merekod jumlah cecair yang terdapat dalam jug penyukat cecair.
Jug penyukat | A | B | C | D |
Jumlah cecair |
|
|
|
|
5. Murid menjawab soalan yang diberi.
Contoh soalan:-
a) Jug penyukat yang manakah paling banyak jumlah cecair?
b) Jug penyukat yang manakah paling sedikit jumlah cecair?
PERMAINAN
1. Murid diberi satu kotak liter setiap kumpulan.
2. Setiap ahli dalam kumpulan akan membaling kotak liter dan merekod jumlah yang diperolehi.
MURID | LITER |
1 |
|
2 |
|
3 |
|
4 |
|
|
|
JUMLAH TERKUMPUL |
|
3. Kumpulan yang mendapat jumlah yang banyak dikira menang dan sekiranya jumlahnya sama diminta membaling sekali lagi untuk mencari pemenang.
ALAT BANTU MENGAJAR ( ABM ) UNTUK AKTIVITI SATU.
Jag Penyukat A
Jag Penyukat B
Jag Penyukat C
Jag Penyukat D
ALAT PERMAINAN UNTUK AKTIVITI SATU
Kotak Liter
1.5.3 Aktiviti 2 ( Murid pencapaian tinggi )
Hasil pembelajaran: Membandingkan isipadu cecair menggunakan ukuran piawai
dalam liter ( l ).
Bahan-bahan : Pelbagai bekas mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza,
Jug penyukat cecair yang berukuran unit liter (l) dan
baldi yang berisi air.
Langkah-langkah:
1. Murid mendengar penerangan dan tunjukcara bagaimana membaca aras cecair seperti
rajah 1(a).
2. Murid diperkenalkan dengan simbol liter ( l ).
3. Setiap kumpulan dibekalkan sebaldi air dan 4 set bekas yang berlainan bentuk
dan saiznya.
4. Murid mengisikan bekas-bekas dalam set A dengan cecair, menggunakan jug
penyukat cecair dan merekodkan unit yang tepat sahaja.
5. Murid seterusnya mengulangi aktiviti nombor 3 dengan set B, C, dan D.
Bekas set A | Jumlah air sirap ( l ) | Bekas set B | Jumlah air sirap ( l ) |
1.Periuk |
| 1.Jug air |
|
2.Jug air |
| 2.Baldi |
|
Bekas set C | Jumlah air sirap ( l ) | Bekas set D | Jumlah air sirap ( l ) |
1.Botol minuman |
| 1.Jug air kecil |
|
2.Teko |
| 2.Bekas minuman |
|
6. Murid menjawab soalan yang diberi.
Contoh soalan untuk:-
Bandingkan dan isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Set A:
a) Periuk mengandungi__________air sirap.
b) Jug air mengandungi__________air sirap.
c) Periuk mengandungi__________air sirap daripada jug air.
PERMAINAN
1. Murid diberi sepuluh keping kad liter setiap seorang dalam kumpulan.
2. Murid bermain secara berpasangan.
3. Murid dan pasangannya akan membuka kad liter secara serentak dan bandingkan jumlah liter pada kad liter yang dibuka itu.
4. Murid yang jumlah kad liternya banyak dikira menang dan mengambil kad pasangannya yang jumlah kad liternya sedikit.
5. Aktiviti nombor tiga dan empat diulang sehingga habis kad.
6. Murid yang mendapat kad liter paling banyak dikira pemenang permainan.
ALAT BANTU MENGAJAR ( ABM ) UNTUK AKTIVITI DUA.
SET A
SET B
Jug air Baldi
SET C
Botol Minuman Teko
SET D
Jug Air Bekas Air
ALAT PERMAINAN UNTUK AKTIVITI DUA
Kad Liter
1.5.3 RUMUSAN
Isipadu cecair adalah salah satu topik di dalam mata pelajaran matematik bagi Tahun Dua. Pengenalan awal terhadap topik ini sepatutnya telah membolehkan murid-murid menguasai konsep isipadu cecair serta semua kemahirannya iaitu menggunakan tatabahasa yang betul berkaitan isipadu cecair seperti kosong, setengah dan penuh. Murid-murid juga sepatutnya dapat membandingkan isipadu cecair di dalam bekas. Selain daripada itu, murid-murid juga perlu dapat menguasai kemahiran iaitu menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai dan unit piawai seperti liter.